Posts

Bahasa paling susah

Image
أصعب اللغات لا شك أن أصعب لغــة في العــــــالم هي لغة أحدى قبائــل الهنود الحمر في بــــــراري أمريكا الجنوبية . وإليك مثلًا من الكلمات المستعملة عندهم : إذا أراد أحـــــدهم أن يقول لك ثمانيــــــة عشر قال: (شوصوج، أيميك، ماكنلا، وكيمنيك، انتا نتلا ) ومعنى ذلك: (خذ يـــدي الاثنتين وزد عليهما رجلاً من رجلي وزد على ذلك ثلاثة ) أي خذ أصابع يدي العشرة وزد عليها أصابع رجلي الخمسة وزد على ذلك ثلاثة فيكون المجموع ثمانية عشر. إذا أراد أحدهم أن يقول (زبدة) قال: واتاكيا مامان كو كنجيوكيتو ماكون. وهذه كلمة واحدة. Terjemahan : Bahasa paling susah. Tiada keraguan bahawa bahasa paling susah dalam dunia ialah bahasa salah satu suku India-Amerika di hutan rimba Amerika Selatan. Contohnya di sini, antara perkataan yang mereka gunakan : Apabila salah seorang daripada mereka nak cakap kat awak '18', dia cakap : (Shousoj, Emek, Maknla, Wakimnic, Anta Natla) tak tahulah betul ke tak ejanya tu. Maksudnya: Ambil dua tangan saya dan ...

Utsman al-Salaliji : Ulama Agung Barat Islam

Image
Negara Morocco atau dikenali juga dengan Maghribi merupakan sebuah negara Islam dalam dunia moden yang beraqidah Islam aliran Ahli Sunnah wal Jama`ah persepsi Al-Ash`ariyyah sebagai aqidah rasmi negara. Aqidah ini telah masuk ke negara Maghribi sejak dinasti Al-Murabithin (Al-Moravid) pada kurun ke 10 Masihi. Untuk mengetahui sejarah penyebaran aqidah ini di Maghribi, maka para penuntut ilmu seharusnya mengkaji karya dan penulisan ulama’ Ash`ariyyah yang terdahulu. Salah seorang daripada ulama’ Ash`ariyyah yang penulis maksudkan ialah Abu Amr Utsman Ibn Abdillah Ibn Isa. Nama beliau sangat terkenal sebagai seorang ulama agung Barat Islam. Beliau merupakan salah seorang ulama’ yang paling awal mengembangkan pengaruh Al-Ash`ariyyah di negara Maghribi. Tokoh yang lebih dikenali dengan gelaran Syaikh Utsman al-Salaliji al-Fasi dilahirkan sekitar tahun 521 Hijri.[1] Gelaran al-Salaliji yang disandarkan kepada beliau berasal daripada nama sebuah bukit atau bandar Sliljou iaitu salah satu ba...

Ingatan seorang sahabat

السلام عليكم يا أحبائي وحبيباتي.. Selamat meneruskan perjuangan. Yang namanya 'perjuangan', apa pun dia dan bila-bila sahaja.. pasti akan mengundang cabaran dan kesukaran. Tidak pernah ada perjuangan yang tidak memenatkan.. semuanya payah..susah..penat..sakit.. tapi percayalah buah yang terhasil dari perjuangan ini amat manis terasa.. manisnya bukan pada lidah tapi di hati.. usahalah semaksima mungkin, tawakkallah sepenuh hati.. inshaAllah kejayaan menanti.. سيروا على بركة الله Selamat berjuang  -Nabilah, 27 Disember 2015. 10:06 pagi, Mohammedia, Morocco.

Apa kau masih ingat ?

Apa kau masih ingat, waktu kau terjatuh dulu, dan kau rasa semua mengendahkanmu, semua orang membencimu. Aku pernah mendiamkan seketika mulutku, memasang telinga, kedua-duanya, untuk mendengar cerita bernada melankolik yang tak sudah, walaupun kau kata tentu aku bosan mendengarnya SETIAP HARI. Aku pernah meminjamkan bahu aku, untuk kau menangis, mengadu, sedan-sedu kau aku tadahkan sahaja. Aku pernah memberi pelukan hangat untukmu, Saat sedih duka membeku dalam hati, cuba meleburkan sakitnya hati dirundung pilu. SAKIT, memang SAKIT. Mungkin kau baru rasa SAKIT itu. Kau bertanya aku, adakah aku merasa SAKIT yang sama? TIDAK ! Jawapan aku tidak. Aku sudah kebal. Berapa kali aku mahu ajar dengan teladan, bukan dengan lisan. Kerana lisanku tak mampu melontarkan kata-kata manis yang menenangkan hati. Lalu, aku hanya menyiapkan telinga, yang Allah ciptakan ada dua. untuk mendengar segala-galanya. ------------------------------ Sudahlah, diamkan sahaja.

Misi Mencari Khadijah

+ Khadijah ? _ Ini bukan sebuah catatan tentang Khadijah srikandi Islam terbilang. + Ini hanya catatan tentang seorang jiran, seorang daripada penghuni 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah aku. ______________________________ Pintu rumah diketuk, dengan ketukan separa kuat. Iyela, kalau jiran atau kawan arab datang rumah mana pernah ketuk pintu elok-elok. Mungkin antara sebabnya, takut-takut tiada ahli rumah sedar bahawasanya ada tetamu yang datang. Aku lihat jam di skrin telefon pintar. Sudah hampir jam 11 malam. Semua ahli rumah yang lain sudah tidur. Tinggal aku seorang sahaja yang masih berjaga. Aku buat tak endah sahaja dengan ketukan pintu yang semakin kuat kerana takut. Bunyi macam nak roboh pun ada juga. Tiba-tiba... Kring kring.. kring kring... Telefon, telefon berbunyi. (nyanyi gaya Wonderpets) "Assalamualaikum, akhowat. Ni ada sorang makcik arab nak jumpa korang kat bawah. Dah lama dia ketuk pintu." "Errrr.. Ok saya buka....

Kita

Datang daripada Dia, Hidup di muka bumi sebagai khalifah, beribadah kepada-Nya harus jadi tujuan utama, Dan pengakhiran yang tidak tahu kan tiba bila, juga akan kembali kepada Dia. Moga disambut dengan panggilan manja, يا أيتها النفس المطمئنة ارجعي إلى ربك راضية مرضية فادخلي في عبادي وادخلي جنتي

Tiga kali untukmu.

Image
Meski jauh merentas benua, namun teknologi kini yang canggih dan semakin canggih mendekatkan kami. ******* Butang berwarna merah pada paparan ‘Skype’ ditekan. Lega rasa hati. Mata yang dikurniakan Allah ini masih dapat melihat dia, wajahnya, senyumannya. Telinga yang dikurniakan Allah ini dapat mendengar suaranya, gelak tawanya. Cuma kadang kala, ‘line’ internet yang agak lemah menyebabkan suara yang kedengaran tersekat-sekat dan terputus. Dan alangkah indahnya jika tangan yang dikurniakan Allah ini dapat memeluk tubuhnya sekarang. Terkadang, setiap kali menamatkan perbualan antara kami di Skype aku terfikir. “Adakah ini kali terakhir aku akan bercakap dengannya? Entah aku atau dia yang akan pergi dulu.” Wajahnya sentiasa manis tersenyum di depan anaknya, langsung tidak menunjukkan sebarang kesedihan atau kepenatan menguruskan keluarga sehari-harian. Walau terkadang, hanya sesekali dia merungut penat mengajar kelas mengaji kanak-kanak dan orang dewasa setiap hari kecuali hari minggu. H...

Amanah Seorang Al-Amin

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w. b. t. buat rakan pena dan pembaca. Semoga kehidupan kalian sentiasa diberkati oleh Allah s. w. t. dan dilimpahkan rahmat oleh-Nya. Bersempena dengan Maulidurrasul 1436H ini, saya telah diamanahkan untuk menulis sebuah catatan mengenai junjungan besar, Rasulullah s. a. w. bertujuan untuk mengenang dan menghayati perjuangan dan akhlak baginda yang tiada tolok bandingnya. Catatan saya kali ini berkisar tentang salah satu sifat wajib bagi rasul yang wajar dijadikan teladan dalam menelusuri kehidupan sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya. Allah s. w. t. telah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 21: Maksudnya: "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari qiyamat, dan dia banyak menyebut Allah." (Surah Al-Ahzab 33:21) Umum mengetahui, Rasulullah s. a. w. merupakan utusan terakhir Allah yang diutuskan bersamanya petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu Al-Qur...

TIE | TuffahItuEpal

Image
Assalamualaikum. Ini bukan sebarang epal. Epal ini dari negara merentas benua dari Malaysia. Aku bukan sengaja tunjuk epal ni, gaya macam takde keje pun adela juga. Tapi sebab epal ni ada makna yang tersendiri untuk aku. Seminggu sebelum. Asyik menjenguk keluar kepala kat tingkap bilik penuh debu. Takde pun pakcik arab yang jual epal. Hanya buah tembikai dan tembikai susu je yang banyak. Tak pun pisang. Tapi teringin nak epal. Duk ulang sebut banyak kali nak epal, nak epal. At last kat Dar Elbaidha, aku jumpa epal. Punya eksaited, beli la setengah kilo. Selepas rajin mengikis 'wax', aku potong buah tu dan makan cicah garam. Akak senior buat muka pelik tengok gelagat adik dia ni yang eksaited tak tertahan makan epal sorang2. Siap nak suap2 orang lain. Haruslah. Kegembiraan dikongsi bersama. Sebelum memulakan perjalanan mengutip semangat. Muu bagi aku sebiji epal sebagai bekal. Entah kenapa aku rasa epal tu sangat berharga. Aku masuk dalam beg selempang aku. Aku fikir mudah ak...

Besar.

Image
Besar. Mata kami yang melihat, kepala kami mendongak. Lensa kamera juga jadi saksi dan punya bukti. Saat pertama kali kaki ini menapak di perkarangan masjid ini. Kepala gigih mendongak. Tubuh menggeletar menahan sejuknya angin dari arah pantai. Aku duduk bersama seorang sahabat sementara menunggu sahabat-sahabat yang masih belum tiba. Namun, kepala ini masih, masih lagi mendongak. Memandang indahnya binaan di hadapan mata. Waktu Maghrib sudah hampir tiba. Sebelum masuk ke dalam masjid, seorang senior bercerita tentang apa yang dikatakan pakcik teksi yang membawa kami ke mari apabila tiba di sini. Pakcik itu berkata : "Tidak ada gunanya masjid ini, besar dan orang bercerita sana sini tentang hebat binaannya.   Tetapi, cuba kamu lihat di sekelilingnya.   Ramai remaja yang menjadikan tempat ini untuk ber'dating' dan berhibur.   Ramai remaja yang hanya melepak di luar masjid ini." Aku dengar dan amati cerita tersebut samb...

Allah cures the HEARTS .

Image
Darkness in the heart brings sadness , Darkness in the heart brings depression , Darkness in the heart brings stress . But light and noor brings happiness, Light and noor brings comfort . Light and noor brings calmness and tranquillity . We have the wrong understanding of comfort and tranquillity , We think that money is happiness , We think that power is happiness . Wallahi Allah knows no one is happy with just money , And no one is just happy with fame . You hear every single day the richest people commit suicide , why ? The most famous people are on drugs , why ? If they were happy why do they go on drugs for ? If they were happy with the money they have why do they commit suicide for ? Dunya is their worry , Dunya is their stress , Dunya is their concern. But Subhanallah you're a Mu'min , you're a believer . That's your concern every single day is how to please Allah Azzawajal , You sleep the best sleep , You wake up the best , You eat the best , Your heart is the b...

Muhasabah dan cuba .

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Nak cerita pasal merungut, tapi tak banyak pun la nak cerita. Sikit je. Macam biasa, kisah ni berdasarkan pengalaman hidup. Pada suatu hari, aku dan kakak mengikut keluarga seorang ustaz untuk ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Dalam perjalanan menuju ke PWTC, jalan sesak kerana rata-rata kenderaan yang ada di sekeliling kami juga menuju ke destinasi yang sama. (Eh, tapi baca dialog ni dengan nada lemah-lembut tau, sebab rungutan dan nasihat tu memang takde tinggi2 suara. No, no, no. ) Isteri ustaz : Ni yang ummi tak suka, tiap-tiap tahun macam ni. Mesti jammed . Tak pernah tak macam ni . Ustaz : Ummi, tak baik cakap macam tu. Kita kena sabar. Mesti ada something happen  kat depan tu. Kena fikir positif. Tak baik asyik merungut je. Isteri ustaz : Mana boleh sabar macam ni. Dah selalu sangat jadi macam ni. Abi ni tak rasa geram ke? Tak gerak-gerak pun dari tadi. Ustaz : Cuba kalau berhenti merungut, banyak2 doa pada Allah. Baca surah al-Insyirah, selawat ...

Hikmahnya

Image
Intabihu jami3an シ Sila baca 'previous post' untuk memahami hikmah yang hamba kisahkan ini. Previous Post SABAR. Serius, sabar yang selama ini dikatakan "sabar itu indah,  amatlah sukar sebenarnya.  Sepertimana hari yang kami lalui, sungguh runtuh tembok keSABARan kerana terlalu fed-up dengan kesusahan yang melanda. "Dan sesungguhnya Kami akan benar-benar menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang yang benar-benar berjihad dan orang yang bersabar antara kamu; dan Kami uji perihal kamu." -  QS 47:31 Cuba renung semula. Lagi dan lagi. Setakat naik turun aras waktu puasa tiada siapa nak hairan laaa . Rasulullah dan para sahabat berjuang dalam peperangan sewaktu bulan Ramadhan. Kalau difikirkan, m ereka lebih hebat diuji berbanding kita.  Rasulullah shallahu alaihi wasallam hendak menyebarkan dakwah juga  hebat diuji. Baru sedikit kesusahan yang menimpa sudah mahu mengeluh. Baru sedikit kesempitan yang menerpa sudah mahu berkata INI HARI YAN...

Hari yang penuh ujian

Image
Khamis | 230513 Bismillah. Pada tarikh keramat tersebut, kami sememangnya diuji. Pagi - Menuju ke KDN untuk buat pasport di Jalan Duta. Datang sana sistemnya offline. *Kfine* Pegawai tu bagi senarai pejabat imigresen yang lain. Tengah hari - Akhirnya, kami tiba di pejabat imigresen Pudu Sentral, sudah hampir tengah hari sebab jammed ! Parking penuh. Ya Allah, hanya Dia yang tahu betapa sabarnya kami waktu itu.  Panas terik + hangat pijar + jammed . What else can i say?  Kami pulang dengan hati yang kecewa. Petang - Sampai di Klinik ******, jururawat kata mesin X-Ray dihantar ke Kualalalala Lumpur. APA?  Satu-satu perkara menimpa, hiyarhhh. Rasa macam nak belasah orang waktu tu. Saya nak buat Medical Check-up dan due date selasa ni dan banyak lagi perkara  untuk diuruskan. Kemudian, kami harus pergi ke UTC Sentul. Katanya tempat baru, jadi perlu dic ari dalam GPS. Alhamdulillah, jumpa juga dan kami terus menuju ke sana. Setibanya ...