TIE | TuffahItuEpal

Assalamualaikum.
Ini bukan sebarang epal.
Epal ini dari negara merentas benua dari Malaysia.

Aku bukan sengaja tunjuk epal ni, gaya macam takde keje pun adela juga. Tapi sebab epal ni ada makna yang tersendiri untuk aku.


Seminggu sebelum.
Asyik menjenguk keluar kepala kat tingkap bilik penuh debu. Takde pun pakcik arab yang jual epal. Hanya buah tembikai dan tembikai susu je yang banyak. Tak pun pisang.

Tapi teringin nak epal. Duk ulang sebut banyak kali nak epal, nak epal.

At last kat Dar Elbaidha, aku jumpa epal. Punya eksaited, beli la setengah kilo. Selepas rajin mengikis 'wax', aku potong buah tu dan makan cicah garam. Akak senior buat muka pelik tengok gelagat adik dia ni yang eksaited tak tertahan makan epal sorang2.

Siap nak suap2 orang lain. Haruslah. Kegembiraan dikongsi bersama.



Sebelum memulakan perjalanan mengutip semangat.

Muu bagi aku sebiji epal sebagai bekal. Entah kenapa aku rasa epal tu sangat berharga. Aku masuk dalam beg selempang aku. Aku fikir mudah aku nak capai bila aku nak makan nanti.

Sepanjang perjalanan, aku tak makan pun epal tu. Bila aku buka beg, pandangan sepi pun aku tak lempar untuk epal tu.

-------------------------------------------


Tiba.

Aku duduk menunggu seseorang. Aku buka beg lalu terpandang sebiji epal yang dikirim dari jauh. Aku belek2 epal tersebut.

'Oh, ada bahagian yang busuk.'

Tapi sebab teringin sangat, aku makan epal tu. (part yang elok jela) Selesai makan, orang yang aku tunggu kunjung tiba.


Kisah di sebalik epal.

Sebiji epal. Memang kadang2 ada bahagian yang busuk. tapi tak bermakna bahagian yang lain kau tak boleh makan. Kalau dah memang yang lain nampak elok, memang tak patut kalau kau buang semuanya. Nampak bebenor membazirnya.

Gigit, kunyah dan telan bahagian yang elok.


Sama macam K A W A N.
Tak semestinya satu salah dia buat, kau dah tak nampak baiknya dia. Memang, memang susah nak terima kadang2. Lagi2 bila hati ni banyak parut yang tak boleh tutup guna BB Cream macam jerawat kat muka.

Tapi, kau boleh cuba.
Cuba terima diri dia yang baik macam kau makan bahagian epal tak busuk. Kau bina percaya dan berhati-hati dalam berkawan macam kau berhati-hati makan epal tu.

Memang ada masa, kau rasa benci dia. Tapi nanti ada masa yang kau rasa kau perlukan dia. Kau ingat ni, benci tu kau yang bina dalam hati dan mungkin sakit hati mudah membiak sebab pengharapan kau besarnya pada manusia, bukan pada pencipta. Mungkin lah.

Ok, sekian pesanan daripada aku untuk kau.


Nota kaki :
Aku dan kau orang yang sama.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Utsman al-Salaliji : Ulama Agung Barat Islam

Bahasa paling susah

Ingatan seorang sahabat