Apa kau masih ingat ?

Apa kau masih ingat,
waktu kau terjatuh dulu,
dan kau rasa semua mengendahkanmu,
semua orang membencimu.

Aku pernah mendiamkan seketika mulutku,
memasang telinga, kedua-duanya,
untuk mendengar cerita bernada melankolik yang tak sudah,
walaupun kau kata tentu aku bosan mendengarnya
SETIAP HARI.

Aku pernah meminjamkan bahu aku,
untuk kau menangis, mengadu,
sedan-sedu kau aku tadahkan sahaja.


Aku pernah memberi pelukan hangat untukmu,
Saat sedih duka membeku dalam hati,
cuba meleburkan sakitnya hati dirundung pilu.

SAKIT, memang SAKIT.

Mungkin kau baru rasa SAKIT itu.
Kau bertanya aku, adakah aku merasa SAKIT yang sama?

TIDAK ! Jawapan aku tidak.
Aku sudah kebal.

Berapa kali aku mahu ajar dengan teladan, bukan dengan lisan.
Kerana lisanku tak mampu melontarkan kata-kata manis
yang menenangkan hati.

Lalu, aku hanya menyiapkan telinga, yang Allah ciptakan ada dua.
untuk mendengar segala-galanya.

------------------------------
Sudahlah, diamkan sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Utsman al-Salaliji : Ulama Agung Barat Islam

Bahasa paling susah

Ingatan seorang sahabat