Misi Mencari Khadijah

+ Khadijah ?
_ Ini bukan sebuah catatan tentang Khadijah srikandi Islam terbilang.


+ Ini hanya catatan tentang seorang jiran,
seorang daripada penghuni 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah aku.
______________________________


Pintu rumah diketuk, dengan ketukan separa kuat.
Iyela, kalau jiran atau kawan arab datang rumah mana pernah ketuk pintu elok-elok. Mungkin antara sebabnya, takut-takut tiada ahli rumah sedar bahawasanya ada tetamu yang datang.

Aku lihat jam di skrin telefon pintar. Sudah hampir jam 11 malam.
Semua ahli rumah yang lain sudah tidur. Tinggal aku seorang sahaja yang masih berjaga. Aku buat tak endah sahaja dengan ketukan pintu yang semakin kuat kerana takut. Bunyi macam nak roboh pun ada juga.

Tiba-tiba...

Kring kring.. kring kring... Telefon, telefon berbunyi. (nyanyi gaya Wonderpets)

"Assalamualaikum, akhowat. Ni ada sorang makcik arab nak jumpa korang kat bawah. Dah lama dia ketuk pintu."

"Errrr.. Ok saya buka." Butang 'end call' ditekan.


Kaki melangkah perlahan menuruni tangga menuju ke pintu rumah. Hati terasa cuak.
Pintu rumah segera dibuka, Hati makin berdebar. Muncul seorang makcik arab yang berwajah manis, dan berkulit gelap.

Makcik tersebut secara spontan terus meluru masuk ke dalam rumah dan berjabat tangan dengan aku penuh santun. Bukan itu sahaja, sudah menjadi kebiasaan warga sini apabila bertemu mereka akan berjabat tangan serta berlaga pipi antara satu sama lain. Sama ada yang sudah lama kenal ataupun baru pertama kali berjumpa.

Sama seperti yang berlaku kali ini.
Aku rasa macam baru pertama kali nampak dan berjumpa dengan makcik ni.
Tapi gaya dia yang mesra dan lemah lembut menghilangkan rasa takut yang sedari tadi berlegar-legar dalam hati. Rama-rama dalam perut pun berhenti terbang. *hambar gila

Selepas berlabas-labas* dengan makcik tersebut, dia pun mula menyatakan hasrat sebenar kedatangannya ke rumah kami. Katanya nak ajak makan couscous jumaat ni, waktu tengah hari gitu.

Tanpa berfikir, aku terus bersetuju.
Haha, bab makan memang selalu tak fikir nak ke tak, terus setuju je. Kata orang "rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari." Eh ! Selepas menyatakan persetujuan aku yang dikira mewakili jawapan seluruh kulawangsa rumah, makcik tu pun minta diri untuk balik. Aku pun lagi sekali bersalam dan berpelukan dengan makcik tersebut.

Tapi ada satu hal yang aku terlupa nak tanya.

"Kat mana rumah makcik tu ?"

Comments

Popular posts from this blog

Utsman al-Salaliji : Ulama Agung Barat Islam

Bahasa paling susah

Ingatan seorang sahabat