Posts

Showing posts from November, 2013

Muhasabah dan cuba .

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Nak cerita pasal merungut, tapi tak banyak pun la nak cerita. Sikit je. Macam biasa, kisah ni berdasarkan pengalaman hidup. Pada suatu hari, aku dan kakak mengikut keluarga seorang ustaz untuk ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Dalam perjalanan menuju ke PWTC, jalan sesak kerana rata-rata kenderaan yang ada di sekeliling kami juga menuju ke destinasi yang sama. (Eh, tapi baca dialog ni dengan nada lemah-lembut tau, sebab rungutan dan nasihat tu memang takde tinggi2 suara. No, no, no. ) Isteri ustaz : Ni yang ummi tak suka, tiap-tiap tahun macam ni. Mesti jammed . Tak pernah tak macam ni . Ustaz : Ummi, tak baik cakap macam tu. Kita kena sabar. Mesti ada something happen  kat depan tu. Kena fikir positif. Tak baik asyik merungut je. Isteri ustaz : Mana boleh sabar macam ni. Dah selalu sangat jadi macam ni. Abi ni tak rasa geram ke? Tak gerak-gerak pun dari tadi. Ustaz : Cuba kalau berhenti merungut, banyak2 doa pada Allah. Baca surah al-Insyirah, selawat ke a