Posts

Showing posts with the label Tokoh

Utsman al-Salaliji : Ulama Agung Barat Islam

Image
Negara Morocco atau dikenali juga dengan Maghribi merupakan sebuah negara Islam dalam dunia moden yang beraqidah Islam aliran Ahli Sunnah wal Jama`ah persepsi Al-Ash`ariyyah sebagai aqidah rasmi negara. Aqidah ini telah masuk ke negara Maghribi sejak dinasti Al-Murabithin (Al-Moravid) pada kurun ke 10 Masihi. Untuk mengetahui sejarah penyebaran aqidah ini di Maghribi, maka para penuntut ilmu seharusnya mengkaji karya dan penulisan ulama’ Ash`ariyyah yang terdahulu. Salah seorang daripada ulama’ Ash`ariyyah yang penulis maksudkan ialah Abu Amr Utsman Ibn Abdillah Ibn Isa. Nama beliau sangat terkenal sebagai seorang ulama agung Barat Islam. Beliau merupakan salah seorang ulama’ yang paling awal mengembangkan pengaruh Al-Ash`ariyyah di negara Maghribi. Tokoh yang lebih dikenali dengan gelaran Syaikh Utsman al-Salaliji al-Fasi dilahirkan sekitar tahun 521 Hijri.[1] Gelaran al-Salaliji yang disandarkan kepada beliau berasal daripada nama sebuah bukit atau bandar Sliljou iaitu salah satu ba...

Amanah Seorang Al-Amin

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w. b. t. buat rakan pena dan pembaca. Semoga kehidupan kalian sentiasa diberkati oleh Allah s. w. t. dan dilimpahkan rahmat oleh-Nya. Bersempena dengan Maulidurrasul 1436H ini, saya telah diamanahkan untuk menulis sebuah catatan mengenai junjungan besar, Rasulullah s. a. w. bertujuan untuk mengenang dan menghayati perjuangan dan akhlak baginda yang tiada tolok bandingnya. Catatan saya kali ini berkisar tentang salah satu sifat wajib bagi rasul yang wajar dijadikan teladan dalam menelusuri kehidupan sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya. Allah s. w. t. telah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 21: Maksudnya: "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari qiyamat, dan dia banyak menyebut Allah." (Surah Al-Ahzab 33:21) Umum mengetahui, Rasulullah s. a. w. merupakan utusan terakhir Allah yang diutuskan bersamanya petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu Al-Qur...