Hari yang penuh ujian

Khamis | 230513

Bismillah.
Pada tarikh keramat tersebut, kami sememangnya diuji.



Pagi -
Menuju ke KDN untuk buat pasport di Jalan Duta.
Datang sana sistemnya offline.*Kfine*
Pegawai tu bagi senarai pejabat imigresen yang lain.

Tengah hari -
Akhirnya, kami tiba di pejabat imigresen Pudu Sentral, sudah hampir tengah hari sebab jammed !
Parking penuh. Ya Allah, hanya Dia yang tahu betapa sabarnya kami waktu itu. Panas terik + hangat pijar + jammed.

What else can i say? Kami pulang dengan hati yang kecewa.

Petang -
Sampai di Klinik ******, jururawat kata mesin X-Ray dihantar ke Kualalalala Lumpur.
APA? Satu-satu perkara menimpa, hiyarhhh. Rasa macam nak belasah orang waktu tu.
Saya nak buat Medical Check-up dan due date selasa ni dan banyak lagi perkara untuk diuruskan.

Kemudian, kami harus pergi ke UTC Sentul. Katanya tempat baru, jadi perlu dicari dalam GPS.
Alhamdulillah, jumpa juga dan kami terus menuju ke sana.
Setibanya kami di sana, kami mengambil nombor giliran dan pegawai berkenaan menyemak dokumen yang ada.

Sijil Kelahiran yang asal tiada?
Rupa-rupanya, tak boleh kerana dalam prosedur yang tertera, individu yang berusia bawah 18 tidak boleh mendaftar tanpa sijil kelahiran. Masih kanak-kanak rupanya saya ni. Lagi beberapa bulan sahaja lagi.

Pegawai tersebut meminta saya untuk membuat salinan dokumen yang diberi oleh pihak JAIS di aras G, tetapi apabila saya ambil sahaja nombor dan tiba di kaunter, pegawai itu meminta saya untuk membeli cabutan sijil kelahiran di JPN di aras 3. Kaunter migresen ni di aras 1 ya :D
Sambil menunggu saya, abah mengambil peluang untuk memperbaharui kad pengenalan.

Sementara itu, saya turun semula untuk membuat salinan dokumen di aras G. Kemudian, saya naik semula ke aras 1 untuk berjumpa semula dengan pegawai itu. Dia mengimbas cip yang tertera pada kad pengenalan saya, dan akhirnya cip elektronik itu turut mempunyai kerosakan dan tidak boleh diimbas.
Woahhh, apakah yang berlaku sebenarnya?
Saya perlu memperbaharui kad pengenalan dan harus ke aras 3.
Turun untuk buat salinan dokumen dan naik semula untuk menyelesaikan urusan terakhir, dan alhamdulillah akhirnya selesai . Tapi sangat memenatkan!

Saya tidak terlalu kisah sekiranya saya merasa penat. Saya sebenarnya kasihan melihat abah. Saya risau kalau-kalau saya menyusahkan abah untuk urusan ini. Apabila selesai urusan dan ingin pulang, saya bangun dari tempat duduk untuk keluar dari pejabat tersebut. Dan apa yang saya lihat di belakang terdapat koperasi imigresen tu yang mempunyai khidmat FOTOSTAT yang beroperasi dengan baik !!!

Tertanya-tanya, mengapa pegawai itu menyuruh kami untuk turun ke kedai fotostat di bawah, kenapa dia tak promote sendiri punya? Hihihi. Keliru rasanya.
Dalam keadaan yang sangat penat, kami pun menuju ke surau di aras 2 untuk solat asar. Sangat penat atau dalam bahasa lain exhausted.
Tambahan lagi kami berpuasa. Rasa macam marathon dalam bulan Ramadhan.

Senja -
Alhamdulllah, kami selamat tiba di rumah. Kurang 5 minit, terdengar azan maghrib berkumandang. Baca doa , makan :)

اللهم تقبل منا صيامنا يا الله :)

Huda,
KSI, 24 Mei 2013

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Utsman al-Salaliji : Ulama Agung Barat Islam

Bahasa paling susah

Ingatan seorang sahabat