Posts

Showing posts with the label Kehidupan

Ingatan seorang sahabat

السلام عليكم يا أحبائي وحبيباتي.. Selamat meneruskan perjuangan. Yang namanya 'perjuangan', apa pun dia dan bila-bila sahaja.. pasti akan mengundang cabaran dan kesukaran. Tidak pernah ada perjuangan yang tidak memenatkan.. semuanya payah..susah..penat..sakit.. tapi percayalah buah yang terhasil dari perjuangan ini amat manis terasa.. manisnya bukan pada lidah tapi di hati.. usahalah semaksima mungkin, tawakkallah sepenuh hati.. inshaAllah kejayaan menanti.. سيروا على بركة الله Selamat berjuang  -Nabilah, 27 Disember 2015. 10:06 pagi, Mohammedia, Morocco.

Tiga kali untukmu.

Image
Meski jauh merentas benua, namun teknologi kini yang canggih dan semakin canggih mendekatkan kami. ******* Butang berwarna merah pada paparan ‘Skype’ ditekan. Lega rasa hati. Mata yang dikurniakan Allah ini masih dapat melihat dia, wajahnya, senyumannya. Telinga yang dikurniakan Allah ini dapat mendengar suaranya, gelak tawanya. Cuma kadang kala, ‘line’ internet yang agak lemah menyebabkan suara yang kedengaran tersekat-sekat dan terputus. Dan alangkah indahnya jika tangan yang dikurniakan Allah ini dapat memeluk tubuhnya sekarang. Terkadang, setiap kali menamatkan perbualan antara kami di Skype aku terfikir. “Adakah ini kali terakhir aku akan bercakap dengannya? Entah aku atau dia yang akan pergi dulu.” Wajahnya sentiasa manis tersenyum di depan anaknya, langsung tidak menunjukkan sebarang kesedihan atau kepenatan menguruskan keluarga sehari-harian. Walau terkadang, hanya sesekali dia merungut penat mengajar kelas mengaji kanak-kanak dan orang dewasa setiap hari kecuali hari minggu. H...

TIE | TuffahItuEpal

Image
Assalamualaikum. Ini bukan sebarang epal. Epal ini dari negara merentas benua dari Malaysia. Aku bukan sengaja tunjuk epal ni, gaya macam takde keje pun adela juga. Tapi sebab epal ni ada makna yang tersendiri untuk aku. Seminggu sebelum. Asyik menjenguk keluar kepala kat tingkap bilik penuh debu. Takde pun pakcik arab yang jual epal. Hanya buah tembikai dan tembikai susu je yang banyak. Tak pun pisang. Tapi teringin nak epal. Duk ulang sebut banyak kali nak epal, nak epal. At last kat Dar Elbaidha, aku jumpa epal. Punya eksaited, beli la setengah kilo. Selepas rajin mengikis 'wax', aku potong buah tu dan makan cicah garam. Akak senior buat muka pelik tengok gelagat adik dia ni yang eksaited tak tertahan makan epal sorang2. Siap nak suap2 orang lain. Haruslah. Kegembiraan dikongsi bersama. Sebelum memulakan perjalanan mengutip semangat. Muu bagi aku sebiji epal sebagai bekal. Entah kenapa aku rasa epal tu sangat berharga. Aku masuk dalam beg selempang aku. Aku fikir mudah ak...

Hikmahnya

Image
Intabihu jami3an シ Sila baca 'previous post' untuk memahami hikmah yang hamba kisahkan ini. Previous Post SABAR. Serius, sabar yang selama ini dikatakan "sabar itu indah,  amatlah sukar sebenarnya.  Sepertimana hari yang kami lalui, sungguh runtuh tembok keSABARan kerana terlalu fed-up dengan kesusahan yang melanda. "Dan sesungguhnya Kami akan benar-benar menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang yang benar-benar berjihad dan orang yang bersabar antara kamu; dan Kami uji perihal kamu." -  QS 47:31 Cuba renung semula. Lagi dan lagi. Setakat naik turun aras waktu puasa tiada siapa nak hairan laaa . Rasulullah dan para sahabat berjuang dalam peperangan sewaktu bulan Ramadhan. Kalau difikirkan, m ereka lebih hebat diuji berbanding kita.  Rasulullah shallahu alaihi wasallam hendak menyebarkan dakwah juga  hebat diuji. Baru sedikit kesusahan yang menimpa sudah mahu mengeluh. Baru sedikit kesempitan yang menerpa sudah mahu berkata INI HARI YAN...

Hari yang penuh ujian

Image
Khamis | 230513 Bismillah. Pada tarikh keramat tersebut, kami sememangnya diuji. Pagi - Menuju ke KDN untuk buat pasport di Jalan Duta. Datang sana sistemnya offline. *Kfine* Pegawai tu bagi senarai pejabat imigresen yang lain. Tengah hari - Akhirnya, kami tiba di pejabat imigresen Pudu Sentral, sudah hampir tengah hari sebab jammed ! Parking penuh. Ya Allah, hanya Dia yang tahu betapa sabarnya kami waktu itu.  Panas terik + hangat pijar + jammed . What else can i say?  Kami pulang dengan hati yang kecewa. Petang - Sampai di Klinik ******, jururawat kata mesin X-Ray dihantar ke Kualalalala Lumpur. APA?  Satu-satu perkara menimpa, hiyarhhh. Rasa macam nak belasah orang waktu tu. Saya nak buat Medical Check-up dan due date selasa ni dan banyak lagi perkara  untuk diuruskan. Kemudian, kami harus pergi ke UTC Sentul. Katanya tempat baru, jadi perlu dic ari dalam GPS. Alhamdulillah, jumpa juga dan kami terus menuju ke sana. Setibanya ...