Posts

Showing posts from 2015

Ingatan seorang sahabat

السلام عليكم يا أحبائي وحبيباتي.. Selamat meneruskan perjuangan. Yang namanya 'perjuangan', apa pun dia dan bila-bila sahaja.. pasti akan mengundang cabaran dan kesukaran. Tidak pernah ada perjuangan yang tidak memenatkan.. semuanya payah..susah..penat..sakit.. tapi percayalah buah yang terhasil dari perjuangan ini amat manis terasa.. manisnya bukan pada lidah tapi di hati.. usahalah semaksima mungkin, tawakkallah sepenuh hati.. inshaAllah kejayaan menanti.. سيروا على بركة الله Selamat berjuang  -Nabilah, 27 Disember 2015. 10:06 pagi, Mohammedia, Morocco.

Apa kau masih ingat ?

Apa kau masih ingat, waktu kau terjatuh dulu, dan kau rasa semua mengendahkanmu, semua orang membencimu. Aku pernah mendiamkan seketika mulutku, memasang telinga, kedua-duanya, untuk mendengar cerita bernada melankolik yang tak sudah, walaupun kau kata tentu aku bosan mendengarnya SETIAP HARI. Aku pernah meminjamkan bahu aku, untuk kau menangis, mengadu, sedan-sedu kau aku tadahkan sahaja. Aku pernah memberi pelukan hangat untukmu, Saat sedih duka membeku dalam hati, cuba meleburkan sakitnya hati dirundung pilu. SAKIT, memang SAKIT. Mungkin kau baru rasa SAKIT itu. Kau bertanya aku, adakah aku merasa SAKIT yang sama? TIDAK ! Jawapan aku tidak. Aku sudah kebal. Berapa kali aku mahu ajar dengan teladan, bukan dengan lisan. Kerana lisanku tak mampu melontarkan kata-kata manis yang menenangkan hati. Lalu, aku hanya menyiapkan telinga, yang Allah ciptakan ada dua. untuk mendengar segala-galanya. ------------------------------ Sudahlah, diamkan sahaja.

Misi Mencari Khadijah

+ Khadijah ? _ Ini bukan sebuah catatan tentang Khadijah srikandi Islam terbilang. + Ini hanya catatan tentang seorang jiran, seorang daripada penghuni 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah aku. ______________________________ Pintu rumah diketuk, dengan ketukan separa kuat. Iyela, kalau jiran atau kawan arab datang rumah mana pernah ketuk pintu elok-elok. Mungkin antara sebabnya, takut-takut tiada ahli rumah sedar bahawasanya ada tetamu yang datang. Aku lihat jam di skrin telefon pintar. Sudah hampir jam 11 malam. Semua ahli rumah yang lain sudah tidur. Tinggal aku seorang sahaja yang masih berjaga. Aku buat tak endah sahaja dengan ketukan pintu yang semakin kuat kerana takut. Bunyi macam nak roboh pun ada juga. Tiba-tiba... Kring kring.. kring kring... Telefon, telefon berbunyi. (nyanyi gaya Wonderpets) "Assalamualaikum, akhowat. Ni ada sorang makcik arab nak jumpa korang kat bawah. Dah lama dia ketuk pintu." "Errrr.. Ok saya buka.&

Kita

Datang daripada Dia, Hidup di muka bumi sebagai khalifah, beribadah kepada-Nya harus jadi tujuan utama, Dan pengakhiran yang tidak tahu kan tiba bila, juga akan kembali kepada Dia. Moga disambut dengan panggilan manja, يا أيتها النفس المطمئنة ارجعي إلى ربك راضية مرضية فادخلي في عبادي وادخلي جنتي

Tiga kali untukmu.

Image
Meski jauh merentas benua, namun teknologi kini yang canggih dan semakin canggih mendekatkan kami. ******* Butang berwarna merah pada paparan ‘Skype’ ditekan. Lega rasa hati. Mata yang dikurniakan Allah ini masih dapat melihat dia, wajahnya, senyumannya. Telinga yang dikurniakan Allah ini dapat mendengar suaranya, gelak tawanya. Cuma kadang kala, ‘line’ internet yang agak lemah menyebabkan suara yang kedengaran tersekat-sekat dan terputus. Dan alangkah indahnya jika tangan yang dikurniakan Allah ini dapat memeluk tubuhnya sekarang. Terkadang, setiap kali menamatkan perbualan antara kami di Skype aku terfikir. “Adakah ini kali terakhir aku akan bercakap dengannya? Entah aku atau dia yang akan pergi dulu.” Wajahnya sentiasa manis tersenyum di depan anaknya, langsung tidak menunjukkan sebarang kesedihan atau kepenatan menguruskan keluarga sehari-harian. Walau terkadang, hanya sesekali dia merungut penat mengajar kelas mengaji kanak-kanak dan orang dewasa setiap hari kecuali hari minggu. H

Amanah Seorang Al-Amin

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w. b. t. buat rakan pena dan pembaca. Semoga kehidupan kalian sentiasa diberkati oleh Allah s. w. t. dan dilimpahkan rahmat oleh-Nya. Bersempena dengan Maulidurrasul 1436H ini, saya telah diamanahkan untuk menulis sebuah catatan mengenai junjungan besar, Rasulullah s. a. w. bertujuan untuk mengenang dan menghayati perjuangan dan akhlak baginda yang tiada tolok bandingnya. Catatan saya kali ini berkisar tentang salah satu sifat wajib bagi rasul yang wajar dijadikan teladan dalam menelusuri kehidupan sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya. Allah s. w. t. telah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 21: Maksudnya: "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari qiyamat, dan dia banyak menyebut Allah." (Surah Al-Ahzab 33:21) Umum mengetahui, Rasulullah s. a. w. merupakan utusan terakhir Allah yang diutuskan bersamanya petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu Al-Qur