Hikmahnya

Intabihu jami3an シ Sila baca 'previous post' untuk memahami hikmah yang hamba kisahkan ini.

SABAR.
Serius, sabar yang selama ini dikatakan "sabar itu indah, amatlah sukar sebenarnya. Sepertimana hari yang kami lalui, sungguh runtuh tembok keSABARan kerana terlalu fed-up dengan kesusahan yang melanda.

"Dan sesungguhnya Kami akan benar-benar menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang yang benar-benar berjihad dan orang yang bersabar antara kamu; dan Kami uji perihal kamu." - QS 47:31


Cuba renung semula. Lagi dan lagi.
Setakat naik turun aras waktu puasa tiada siapa nak hairan laaa .

Rasulullah dan para sahabat berjuang dalam peperangan sewaktu bulan Ramadhan. Kalau difikirkan, mereka lebih hebat diuji berbanding kita. Rasulullah shallahu alaihi wasallam hendak menyebarkan dakwah juga hebat diuji.

Baru sedikit kesusahan yang menimpa sudah mahu mengeluh.
Baru sedikit kesempitan yang menerpa sudah mahu berkata INI HARI YANG MALANG.
Astaghfirullah, takdir yang Allah tentukan ini sudah tentu ada hikmahnya.

Pada awalnya, apabila banyak kesusahan yang melanda, saya merasakan seolah-olah Allah hendak memberi petunjuk supaya saya tidak meneruskan hasrat untuk ke bumi Maghribi. Tetapi apabila satu persatu urusan selesai walaupun terselit payahnya di situ, sebenarnya Allah mahu saya sedar yang abah sanggup buat apa sahaja untuk membantu menyelesaikan urusan saya menyambung pelajaran ke sana. Allah mahu saya menyedari pengorbanan abah yang tidak ternilai, lalu menghargai semua itu.

Kerana terkadang, apabila sudah selesai sesuatu urusan yang sukar ataupun mudah, ucapan terima kasih pun kita lupa nak ucapkan kepada orang yang membantu kita menyelesaikan urusan tersebut.
*mengalirairmata*

"Ya Allah, aku harap Kau permudahkanlah segala urusan kami sekeluarga walau di mana kami berada. Permudahkanlah urusanku untuk ke sana, ketika aku berada di sana sehingga aku pulang semula ke sini.Ya Rabbi, moga ada sesuatu yang dapat aku sumbang untuk agama-Mu sepanjang hayatku ini. Aku harap bila aku dah besar nanti aku dapat balas jasa ibu dan abah."

Teringat pesanan Teacher Norkiah,
"Hari-hari kamu berdoa kepada Allah supaya mempermudahkan urusan kamu di dunia dan di akhirat. Tapi kamu sendiri tidak mempermudahkan urusan orang lain."

Hmmm ... *renung semula, sedalam-dalamnya*

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Utsman al-Salaliji : Ulama Agung Barat Islam

Bahasa paling susah

Ingatan seorang sahabat