Posts

Showing posts from December, 2015

Ingatan seorang sahabat

السلام عليكم يا أحبائي وحبيباتي.. Selamat meneruskan perjuangan. Yang namanya 'perjuangan', apa pun dia dan bila-bila sahaja.. pasti akan mengundang cabaran dan kesukaran. Tidak pernah ada perjuangan yang tidak memenatkan.. semuanya payah..susah..penat..sakit.. tapi percayalah buah yang terhasil dari perjuangan ini amat manis terasa.. manisnya bukan pada lidah tapi di hati.. usahalah semaksima mungkin, tawakkallah sepenuh hati.. inshaAllah kejayaan menanti.. سيروا على بركة الله Selamat berjuang  -Nabilah, 27 Disember 2015. 10:06 pagi, Mohammedia, Morocco.

Apa kau masih ingat ?

Apa kau masih ingat, waktu kau terjatuh dulu, dan kau rasa semua mengendahkanmu, semua orang membencimu. Aku pernah mendiamkan seketika mulutku, memasang telinga, kedua-duanya, untuk mendengar cerita bernada melankolik yang tak sudah, walaupun kau kata tentu aku bosan mendengarnya SETIAP HARI. Aku pernah meminjamkan bahu aku, untuk kau menangis, mengadu, sedan-sedu kau aku tadahkan sahaja. Aku pernah memberi pelukan hangat untukmu, Saat sedih duka membeku dalam hati, cuba meleburkan sakitnya hati dirundung pilu. SAKIT, memang SAKIT. Mungkin kau baru rasa SAKIT itu. Kau bertanya aku, adakah aku merasa SAKIT yang sama? TIDAK ! Jawapan aku tidak. Aku sudah kebal. Berapa kali aku mahu ajar dengan teladan, bukan dengan lisan. Kerana lisanku tak mampu melontarkan kata-kata manis yang menenangkan hati. Lalu, aku hanya menyiapkan telinga, yang Allah ciptakan ada dua. untuk mendengar segala-galanya. ------------------------------ Sudahlah, diamkan sahaja.

Misi Mencari Khadijah

+ Khadijah ? _ Ini bukan sebuah catatan tentang Khadijah srikandi Islam terbilang. + Ini hanya catatan tentang seorang jiran, seorang daripada penghuni 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah aku. ______________________________ Pintu rumah diketuk, dengan ketukan separa kuat. Iyela, kalau jiran atau kawan arab datang rumah mana pernah ketuk pintu elok-elok. Mungkin antara sebabnya, takut-takut tiada ahli rumah sedar bahawasanya ada tetamu yang datang. Aku lihat jam di skrin telefon pintar. Sudah hampir jam 11 malam. Semua ahli rumah yang lain sudah tidur. Tinggal aku seorang sahaja yang masih berjaga. Aku buat tak endah sahaja dengan ketukan pintu yang semakin kuat kerana takut. Bunyi macam nak roboh pun ada juga. Tiba-tiba... Kring kring.. kring kring... Telefon, telefon berbunyi. (nyanyi gaya Wonderpets) "Assalamualaikum, akhowat. Ni ada sorang makcik arab nak jumpa korang kat bawah. Dah lama dia ketuk pintu." "Errrr.. Ok saya buka.&