Muhasabah dan cuba .

بسم الله الرحمن الرحيم



Nak cerita pasal merungut, tapi tak banyak pun la nak cerita. Sikit je.
Macam biasa, kisah ni berdasarkan pengalaman hidup.


Pada suatu hari, aku dan kakak mengikut keluarga seorang ustaz untuk ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Dalam perjalanan menuju ke PWTC, jalan sesak kerana rata-rata kenderaan yang ada di sekeliling kami juga menuju ke destinasi yang sama.


(Eh, tapi baca dialog ni dengan nada lemah-lembut tau, sebab rungutan dan nasihat tu memang takde tinggi2 suara. No, no, no. )

Isteri ustaz : Ni yang ummi tak suka, tiap-tiap tahun macam ni. Mesti jammed. Tak pernah tak macam ni .

Ustaz : Ummi, tak baik cakap macam tu. Kita kena sabar. Mesti ada something happen kat depan tu. Kena fikir positif. Tak baik asyik merungut je.

Isteri ustaz : Mana boleh sabar macam ni. Dah selalu sangat jadi macam ni. Abi ni tak rasa geram ke? Tak gerak-gerak pun dari tadi.

Ustaz : Cuba kalau berhenti merungut, banyak2 doa pada Allah. Baca surah al-Insyirah, selawat ke atas Nabi. Bukan ke lebih baik? Allah tentukan semua benda pasti ada hikmah. Kan ramai yang tersangkut dalam jammed ni? Dan mesti ramai juga yang merungut sebab marah. Cuba kalau kita jadi lain sikit. Kita tak merungut. Tapi sentiasa fikir positif. CUBA JADI LAIN DARIPADA ORANG LAIN.

Punyalah panjang ustaz tu berceloteh kepada isterinya. Dan bila fikir2 balik, sesabar inikah kita?Sepositif inikah kita? Aku yang dalam kereta waktu tu pun macam nganga kejap la. Wow, positifnya! Cuba fikir kita selama ni macam mana.


Bila aku terbaca 'post' Hanis Nabihah di FB sempena Maal Hijrah 1435H, aku rasa tertarik dengan statement dia.
NOTA 1 MUHARRAM

Di sini kita mula..

Kita nak hijrah. Biar mula dgn muhasabah.


Dosa salah silap lalu kuburkan dgn taubat. Azam impian cita-cita baru harus dibangkitkan.

          Benarlah, nak berhijrah perlu muhasabah. Setelah aku bermuhasabah, sebenarnya banyak yang perlu aku ubah. Tapi satu perkara yang aku nak tegaskan untuk diri aku, aku nak disiplinkan untuk diri aku . In shaa Allah, aku uar-uarkan ni pun sebab aku nak ada kawan-kawan yang tahu apa yang aku nak cuba aplikasi dalam diri aku. Supaya bila aku tersalah, ada yang tolong ingatkan.

Aku nak cuba jadi lebih penyabar dan optimis dengan Allah.

Selepas baca doa awal tahun, aku baca al-Qur'an dan terjemahannya. Aku terjumpa ayat ni.

19 . Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. 
20 . Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, 
21 . dan apabila mendapat kebaikan dia jadi kikir,
(Al-Ma'arij 70 : 19-21)
          Aku cuba mengurangkan keluhan, rungutan dan bebelan. Aku cuba bina tembok kesabaran yang lebih hebat lagi daripada "Tembok Besar Cina". Sebab, sungguhlah sabar itu indah . Mesti tertanya-tanya kan, "Mana indahnya? Orang tengah geram ni, itu pun boleh lagi dikatakan indah?"



          Rupa-rupanya, indahnya ada di penghujung setiap kesabaran. Dalam setiap peritnya sabar dan mujahadah, pasti dan pasti terselit kemanisannya iaitu kejayaan yang kita miliki ataupun peribadi yang mulia yang terbentuk daripada sifat sabar yang kita amalkan. And the best moment apabila bermujahadah ialah apabila kita dapat meraih syurga yang bukan calang-calang orang dapat masuk ke dalamnya. Sama macam kita ulangkaji sungguh2 untuk jawab peperiksaan. Kalau daripada awal lagi bersenang-lenang, tak ulangkaji apa pun. Penghujungnya kegagalan. Jelas !

          Kalau belajar sungguh2, inchAllah 'najah' milik kita. Tapi ada juga yang belajar sungguh2 tapi tak berjaya. Ingatlah, bahawasanya Allah tak memandang kepada hasilnya. Namun, Allah memandang kepada titik peluh dan usaha yang kita lakukan untuk cuba menggapai kejayaan tu.

5 . Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, 
6 . Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan .

(Asy-Syarh 94 : 5-6)

          Dua kali Allah streskan kenyataan bahawasanya bersama kesulitan ada kemudahan. Jadi, jangan risau wahai diri. Jangan risau kawan2, inchaAllah semua yang terjadi pasti ada hikmahnya dan semuanya terletak di bawah 'planning' Allah. Bahkan, takde sesiapa pun yang tahu apa yang akan berlaku walau sesaat selepas ni pun. So, just believe and rely on Him. He is the best planner for us.

          Jangan pernah rasa kecewa sedikit pun dengan Allah sebab cuba fikir balik. Hakikatnya, memang Dia pencipta kita, Dia yang menentukan segala-galanya dalam hidup kita. Kalau kita berputus asa dengan Allah pun, masih Dia yang akan tetapkan segala sesuatu . *tiba2rasanakgelak*




Salam Maal Hijrah 1435H .
Mari bermuhasabah dan mencuba .

AnakAbi .
1 Muharram 1435H , Mohammedia .

Comments

Popular posts from this blog

Utsman al-Salaliji : Ulama Agung Barat Islam

Bahasa paling susah

Ingatan seorang sahabat