Posts

Showing posts from March, 2016

Utsman al-Salaliji : Ulama Agung Barat Islam

Image
Negara Morocco atau dikenali juga dengan Maghribi merupakan sebuah negara Islam dalam dunia moden yang beraqidah Islam aliran Ahli Sunnah wal Jama`ah persepsi Al-Ash`ariyyah sebagai aqidah rasmi negara. Aqidah ini telah masuk ke negara Maghribi sejak dinasti Al-Murabithin (Al-Moravid) pada kurun ke 10 Masihi. Untuk mengetahui sejarah penyebaran aqidah ini di Maghribi, maka para penuntut ilmu seharusnya mengkaji karya dan penulisan ulama’ Ash`ariyyah yang terdahulu. Salah seorang daripada ulama’ Ash`ariyyah yang penulis maksudkan ialah Abu Amr Utsman Ibn Abdillah Ibn Isa. Nama beliau sangat terkenal sebagai seorang ulama agung Barat Islam. Beliau merupakan salah seorang ulama’ yang paling awal mengembangkan pengaruh Al-Ash`ariyyah di negara Maghribi. Tokoh yang lebih dikenali dengan gelaran Syaikh Utsman al-Salaliji al-Fasi dilahirkan sekitar tahun 521 Hijri.[1] Gelaran al-Salaliji yang disandarkan kepada beliau berasal daripada nama sebuah bukit atau bandar Sliljou iaitu salah satu ba