Posts

Tiga kali untukmu.

Image
Meski jauh merentas benua, namun teknologi kini yang canggih dan semakin canggih mendekatkan kami. ******* Butang berwarna merah pada paparan ‘Skype’ ditekan. Lega rasa hati. Mata yang dikurniakan Allah ini masih dapat melihat dia, wajahnya, senyumannya. Telinga yang dikurniakan Allah ini dapat mendengar suaranya, gelak tawanya. Cuma kadang kala, ‘line’ internet yang agak lemah menyebabkan suara yang kedengaran tersekat-sekat dan terputus. Dan alangkah indahnya jika tangan yang dikurniakan Allah ini dapat memeluk tubuhnya sekarang. Terkadang, setiap kali menamatkan perbualan antara kami di Skype aku terfikir. “Adakah ini kali terakhir aku akan bercakap dengannya? Entah aku atau dia yang akan pergi dulu.” Wajahnya sentiasa manis tersenyum di depan anaknya, langsung tidak menunjukkan sebarang kesedihan atau kepenatan menguruskan keluarga sehari-harian. Walau terkadang, hanya sesekali dia merungut penat mengajar kelas mengaji kanak-kanak dan orang dewasa setiap hari kecuali hari minggu. H...

Amanah Seorang Al-Amin

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w. b. t. buat rakan pena dan pembaca. Semoga kehidupan kalian sentiasa diberkati oleh Allah s. w. t. dan dilimpahkan rahmat oleh-Nya. Bersempena dengan Maulidurrasul 1436H ini, saya telah diamanahkan untuk menulis sebuah catatan mengenai junjungan besar, Rasulullah s. a. w. bertujuan untuk mengenang dan menghayati perjuangan dan akhlak baginda yang tiada tolok bandingnya. Catatan saya kali ini berkisar tentang salah satu sifat wajib bagi rasul yang wajar dijadikan teladan dalam menelusuri kehidupan sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya. Allah s. w. t. telah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 21: Maksudnya: "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari qiyamat, dan dia banyak menyebut Allah." (Surah Al-Ahzab 33:21) Umum mengetahui, Rasulullah s. a. w. merupakan utusan terakhir Allah yang diutuskan bersamanya petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu Al-Qur...

TIE | TuffahItuEpal

Image
Assalamualaikum. Ini bukan sebarang epal. Epal ini dari negara merentas benua dari Malaysia. Aku bukan sengaja tunjuk epal ni, gaya macam takde keje pun adela juga. Tapi sebab epal ni ada makna yang tersendiri untuk aku. Seminggu sebelum. Asyik menjenguk keluar kepala kat tingkap bilik penuh debu. Takde pun pakcik arab yang jual epal. Hanya buah tembikai dan tembikai susu je yang banyak. Tak pun pisang. Tapi teringin nak epal. Duk ulang sebut banyak kali nak epal, nak epal. At last kat Dar Elbaidha, aku jumpa epal. Punya eksaited, beli la setengah kilo. Selepas rajin mengikis 'wax', aku potong buah tu dan makan cicah garam. Akak senior buat muka pelik tengok gelagat adik dia ni yang eksaited tak tertahan makan epal sorang2. Siap nak suap2 orang lain. Haruslah. Kegembiraan dikongsi bersama. Sebelum memulakan perjalanan mengutip semangat. Muu bagi aku sebiji epal sebagai bekal. Entah kenapa aku rasa epal tu sangat berharga. Aku masuk dalam beg selempang aku. Aku fikir mudah ak...

Besar.

Image
Besar. Mata kami yang melihat, kepala kami mendongak. Lensa kamera juga jadi saksi dan punya bukti. Saat pertama kali kaki ini menapak di perkarangan masjid ini. Kepala gigih mendongak. Tubuh menggeletar menahan sejuknya angin dari arah pantai. Aku duduk bersama seorang sahabat sementara menunggu sahabat-sahabat yang masih belum tiba. Namun, kepala ini masih, masih lagi mendongak. Memandang indahnya binaan di hadapan mata. Waktu Maghrib sudah hampir tiba. Sebelum masuk ke dalam masjid, seorang senior bercerita tentang apa yang dikatakan pakcik teksi yang membawa kami ke mari apabila tiba di sini. Pakcik itu berkata : "Tidak ada gunanya masjid ini, besar dan orang bercerita sana sini tentang hebat binaannya.   Tetapi, cuba kamu lihat di sekelilingnya.   Ramai remaja yang menjadikan tempat ini untuk ber'dating' dan berhibur.   Ramai remaja yang hanya melepak di luar masjid ini." Aku dengar dan amati cerita tersebut samb...

Allah cures the HEARTS .

Image
Darkness in the heart brings sadness , Darkness in the heart brings depression , Darkness in the heart brings stress . But light and noor brings happiness, Light and noor brings comfort . Light and noor brings calmness and tranquillity . We have the wrong understanding of comfort and tranquillity , We think that money is happiness , We think that power is happiness . Wallahi Allah knows no one is happy with just money , And no one is just happy with fame . You hear every single day the richest people commit suicide , why ? The most famous people are on drugs , why ? If they were happy why do they go on drugs for ? If they were happy with the money they have why do they commit suicide for ? Dunya is their worry , Dunya is their stress , Dunya is their concern. But Subhanallah you're a Mu'min , you're a believer . That's your concern every single day is how to please Allah Azzawajal , You sleep the best sleep , You wake up the best , You eat the best , Your heart is the b...