Posts

Showing posts from 2016

Bahasa paling susah

Image
أصعب اللغات لا شك أن أصعب لغــة في العــــــالم هي لغة أحدى قبائــل الهنود الحمر في بــــــراري أمريكا الجنوبية . وإليك مثلًا من الكلمات المستعملة عندهم : إذا أراد أحـــــدهم أن يقول لك ثمانيــــــة عشر قال: (شوصوج، أيميك، ماكنلا، وكيمنيك، انتا نتلا ) ومعنى ذلك: (خذ يـــدي الاثنتين وزد عليهما رجلاً من رجلي وزد على ذلك ثلاثة ) أي خذ أصابع يدي العشرة وزد عليها أصابع رجلي الخمسة وزد على ذلك ثلاثة فيكون المجموع ثمانية عشر. إذا أراد أحدهم أن يقول (زبدة) قال: واتاكيا مامان كو كنجيوكيتو ماكون. وهذه كلمة واحدة. Terjemahan : Bahasa paling susah. Tiada keraguan bahawa bahasa paling susah dalam dunia ialah bahasa salah satu suku India-Amerika di hutan rimba Amerika Selatan. Contohnya di sini, antara perkataan yang mereka gunakan : Apabila salah seorang daripada mereka nak cakap kat awak '18', dia cakap : (Shousoj, Emek, Maknla, Wakimnic, Anta Natla) tak tahulah betul ke tak ejanya tu. Maksudnya: Ambil dua tangan saya dan

Utsman al-Salaliji : Ulama Agung Barat Islam

Image
Negara Morocco atau dikenali juga dengan Maghribi merupakan sebuah negara Islam dalam dunia moden yang beraqidah Islam aliran Ahli Sunnah wal Jama`ah persepsi Al-Ash`ariyyah sebagai aqidah rasmi negara. Aqidah ini telah masuk ke negara Maghribi sejak dinasti Al-Murabithin (Al-Moravid) pada kurun ke 10 Masihi. Untuk mengetahui sejarah penyebaran aqidah ini di Maghribi, maka para penuntut ilmu seharusnya mengkaji karya dan penulisan ulama’ Ash`ariyyah yang terdahulu. Salah seorang daripada ulama’ Ash`ariyyah yang penulis maksudkan ialah Abu Amr Utsman Ibn Abdillah Ibn Isa. Nama beliau sangat terkenal sebagai seorang ulama agung Barat Islam. Beliau merupakan salah seorang ulama’ yang paling awal mengembangkan pengaruh Al-Ash`ariyyah di negara Maghribi. Tokoh yang lebih dikenali dengan gelaran Syaikh Utsman al-Salaliji al-Fasi dilahirkan sekitar tahun 521 Hijri.[1] Gelaran al-Salaliji yang disandarkan kepada beliau berasal daripada nama sebuah bukit atau bandar Sliljou iaitu salah satu ba